Kesempitan wang bukan halangan kepada seorang lelaki Bosnia untuk
menunaikan ibadat haji. Demi menunaikan rukun Islam kelima tersebut,
Senad Hadzic, 47, sanggup berjalan kaki sejauh 5,900 kilometer dari
kampung halamannya, Banovici, sebuah kawasan di bahagian utara Bosnia
Herzegovina dengan berbekalkan 200 euro ke Arab Saudi.
Perjalanannya bermula sejak Disember tahun lalu dengan merentasi enam buah negara termasuk Turki, Jordan dan Syria.
Menurut Senad, masjid, sekolah serta rumah-rumah penduduk kota yang disinggahinya menjadi tempat penginapannya di sepanjang perjalanan.
"Orang yang saya temui semuanya baik-baik belaka, mereka menawarkan tempat tinggal kepada saya.
"Ada yang bertanya, adakah kamu tidak takut ketika melalui kawasan hutan? Saya memberitahu mereka, kenapa saya harus takut? Allah sentiasa bersama saya," katanya.
Al-Quran yang dibawa bersama di dalam beg galasnya, menjadi pelindung di sepanjang perjalanan. Senad turut membawa peta dan bendera enam buah negara yang dilewatinya.
Malah ketika melalui Syria yang sedang bergolak, dia terpaksa berdepan
dengan maut apabila mengalami sendiri pengalaman peluru bersimpang-siur.
"Saya tidak takut kereta kebal atau peluru, saya hanya takut kepada Allah. Apabila saya sampai di Mekah nanti, saya akan berdoa untuk kedamaian kita semua," katanya.
Senad akhirnya sampai di Mekah pada 20 Oktober lalu selepas 314 hari meninggalkan kampung halamannya.
"Saya tidak berasa penat, ini adalah hari terbaik di sepanjang hidup saya.
"Pengalaman paling berharga yang saya dapat ialah mempelajari erti berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang ada," katanya.

Mungkin inilah pengertian sebenar pengorbanan buat Senad. Demi
menunaikan ibadat haji, dia sanggup berkorban keringat, masa, wang,
malah nyawa juga. Manisnya pengorbanan itu apabila ia dibalas dengan
peluang menjadi tetamu Allah di hadapan Kaabah.
Semoga kisah Senad memberi kita satu keazaman yang kuat dan memahami erti pengorbanan yang sebenar sempena musim haji dan perayaan korban ini.
Semoga kisah Senad memberi kita satu keazaman yang kuat dan memahami erti pengorbanan yang sebenar sempena musim haji dan perayaan korban ini.

MasyaAllah.
ReplyDeleteGod bless.